Banyak kali kita ingin menaikkan jualan bisnes kita dengan strategi pemasaran yang bermacam-macam. Contohnya, buat Facebook Ads, Facebook Live dan sebagainya. Akan tetapi, kenapa orang lain buat jadi dan kita buat tak jadi?
Sebab #1: Anda Tidak Cukup Sabar
Ini biasanya terjadi pada ramai kerana mereka kurang sabar untuk menunggu result selepas execute strategi tersebut. 1-2 hari sahaja selepas mereka set iklan Facebook, tengok tak ada purchase, mereka akan stop iklan tersebut.
Ini mungkin anda lancarkan Facebook Ads pada hari Ahad, hujung minggu atau hari yang orang tengah sibuk untuk kenduri. Maka, result yang anda dapat pada 1-2 hari tak cukup tepat.
Sebaiknya, anda set untuk kempen 7 hari, bagi cukup masa untuk orang respon kepada kempen anda. Ini akan dapat average-kan conduct audience anda supaya anda akan dapat result yang lebih menyeluruh. Kemudian, baru buat keputusan sama ada untuk stop atau teruskan kempen tersebut.
Kalau boleh, setkan bujet untuk 7 hari apabila anda merancang untuk Facebook kempen tersebut. Sekurang-kurangnya anda bersedia untuk test dengan bujet yang sudah disediakan. Contohnya, RM 100 sehari x 7 hari = RM 700 untuk test strategi. Jika tidak jadi, anda dapat belajar sesuatu daripada ‘investment’ tersebut dan ‘fine tune’ untuk strategi yang seterusnya.
Jika anda tidak set bujet, maka anda akan rasa sakit hati dan sebab itulah anda akan stop iklan 1-2 hari selepas jalan.
Sebab #2: Anda Tidak Buat Dengan Konsisten
Apabila anda nak buat video atau Facebook Live atau Instagram marketing, anda perlu buat secara konsisten.
Saya faham banyak kali ramai selepas pergi kursus, dapat banyak idea nak buat. Tapi mereka buat untuk 1-2 minggu sahaja. Selepas sebulan, akan beri bermacam-macam alasan, contohnya sibuk, tak ada masa, tak pandai, tak cukup kakitangan. Maka, ianya equals dengan tak buat langsung.
Dalam marketing, orang tidak akan ingat jenama kita jika kita dilihat sekali dua sahaja. Appearance kita perlu sampai kepada mereka berkali-kali walaupun mereka tidak sedia lagi membeli daripada kita.
Konsistensi ini juga boleh digambarkan dengan marathon. Jangan pecut 100 meter secara sprint, lepas tu anda pancit, hilang tenaga dan terus quit. Kita nak execute setiap strategi marketing dengan cara marathon. Take small step at any given time, dan tweak setiap minggu. Orang yang ber-marathon akan dapat bertahan 3-4 jam berlari sehingga sampai lah 42 km. Dalam kata marathon, ini dipanggil ‘endurance’.
Endurance adalah di mana kita guna otot, energi dan oksigen kita secara perlahan dan ianya akan membolehkan kita bertahan lebih lama daripada yang lari pecut.
Cara Kami Test Strategi dan Monitor Result
Setiap minggu kami akan sentiasa test strategi baru, contohnya optimize website landing page, Proactive Approach untuk Facebook Ads, content baru seperti video, headline yang lain-lain supaya sentiasa dapat improvement yang konsisten.
Jika terdapat strategi yang tidak jadi, kami akan mencari sebab tersebut dan tweak lagi dengan strategi yang lain. Apa jadi akan kita teruskan.
Selepas itu, kami akan monitor sales performance kita dalam laporan jualan dalam akaun Niagawan dan berapa yang kami sudah belanja untuk kempen tersebut. Kadang-kala Return on investment (roi) tinggi, kadang-kala pula rendah. Semua ini adalah investment untuk membina bisnes kami.
Anda juga boleh dapatkan akaun Niagawan untuk rekod sales dan monitor prestasi bisnes anda dengan laporan untung rugi yang jelas setiap bulan.
Klik link untuk Niagawan: https://niagawan.com