Modul ini menfokuskan kepada kepentingan strategi pemasaran digital di dalam perniagaan dan bagaimana proses untuk membangunkan strategi tersebut. Ia juga membincangkan tentang jenis-jenis pemasaran digital dan apakah alat pemasaran digital yang digunakan dalam perniagaan terkini. Selain itu, modul ini juga membincangkan berkenaan Business Model Canvas dan komponen penting yang harus difahami oleh semua pemain perniagaan. Konsep e-dagang, penggunaan platfom e-dagang mengikut model perniagaan, maklumat berkaitan pensijilan dan pengurusan cukai dalam perniagaan turut dibincangkan secara terperinci.