Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya bahawa individu dalam video lucah yang tular sejak semalam adalah dirinya.
Timbalan Presiden PKR itu menegaskan beliau yakin ia adalah fitnah dan komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan kerjaya politiknya.