[ JENAYAH MINGGU INI ]
Seorang pengarah syarikat perabot yang menjalankan perniagaan dengan menggunakan strategi pemasaran ‘PM tepi’ tanpa mendedahkan maklumat lengkap produknya membawa padah apabila dia bakal berdepan dengan tindakan undang-undang
Ini berikutan, strategi pemasaran ‘PM tepi’ tanpa menyatakan maklumat lengkap dalam sebarang urusan perniagaan berkaitan barang atau perkhidmatan adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 145 Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Azman Adam berkata, pihaknya menerima aduan daripada pihak awam mengatakan syarikat yang beroperasi di Seri Kembangan itu mengiklan produk tanpa mempamerkan maklumat termasuk harga.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor.
Dalam pada itu, Azman berkata, pemasaran ‘PM tepi’ tanpa memberikan maklumat lengkap adalah kesalahan serius berikutan pada tahun ini sehingga semalam sebanyak 1,279 aduan diterima yang mana 194 aduan adalah daripada perniagaan atas talian.
Jelasnya, pada tahun lalu 7,729 aduan telah diterima, yang mana 1,195 berkenaan barangan diterima lewat, tidak sama dan mengikut spesifikasi dinyatakan serta cacat.
Katanya lagi, KPDNHEP telah menetapkan antara maklumat perlu dipaparkan termasuk harga penuh barangan atau perkhidmatan termasuk bayaran cukai dan kos penghantaran nama penuh perniagaan dan individu yang menjalankan perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan, alamat penuh, nombor telefon dan emel perniagaan.
Jelasnya, peniaga juga perlu menyatakan maklumat penuh produk yang diterima dengan setiap pembelian atau perkhidmatan diberikan, selain maklumat bayaran lengkap, terma dan syarat jual beli serta anggaran tempoh masa produk akan dihantar.
Tambahnya, syarikat perabot itu melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 dan boleh didenda tidak lebih RM100,000 (Perbadanan) atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya (Perseorangan) mengikut Seksyen 145 Akta Perlindungan Pengguna 1999
#MKLCRIMEDESK #KPDNHEP
__
Like, Follow & Subscribes us at
Facebook https://world wide web.facebook.com/metronewsmedia
Twitter https://twitter.com/twt_metronews
Instagram http://instagram.com/metronewskl
We’re news provider to local Tv producers & worldwide news agencies. We’re EVERYWHERE & EVERYDAY!
We welcome any suggestions or recommendations. For those who have any original recording of crime news video that you would like to see, please call us via email at mklcrimedesk@gmail.com
Stay tune around for additional crime news particularly in Kl, Klang Valley and Malaysia!