Kumpulan Zawara Coffee Sdn Bhd hari ini memohon maaf berhubung penggunaan trak mirip tentera dalam strategi pemasaran syarikat itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamarul Ariff ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menyangka gimik strategi itu menimbulkan kebimbangan orang ramai.
Semalam, polis sepang menahan dua lelaki memandu kenderaan perisai di Jalan Semarak Api, Cyberjaya selepas mencetuskan kebimbangan orang ramai.
Mereka dibebaskan ikat jamin semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan.