Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi bagi suku pertama 2019 pada kadar 4.5% (S4 2018: 4.7%) meskipun menghadapi faktor-faktor persekitaran luaran yang mencabar, antara lain ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang masih berterusan, ketidaktentuan dasar monetari negara-negara maju dan pertumbuhan ekonomi negara-negara Asia yang lebih perlahan. Penyederhanaan ini didukung oleh asas ekonomi negara yang kukuh dan sumber pertumbuhan yang pelbagai serta tidak bergantung kepada mana-mana sektor atau pasaran.
#MEAMalaysia
#SayangiMalaysiaku
#SetahunMalaysiaBaharu
#JabatanPenerangan
Sumber: RTM