Ekonomi dan Finansial

Ismail Sabri seru pendeposit Tabung Haji ‘jihad ekonomi’

Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) diminta supaya tidak membuat pengeluarkan panik ekoran pengumuman kadar hibah yang rendah Jumaat lalu.

Ketua Pembangkang, Ismail Sabri Yaakob, berkata mempertahankan TH sebagai satu institusi yang menjaga umat Islam adalah “jihad ekonomi”.

Kerajaan Jumaat lalu mengumumkan TH memberi hibah sebanyak 1.25 peratus membabitkan agihan sebanyak RM913 juta untuk 2018.

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof pada majlis taklimat prestasi TH di Putrajaya.

Tahun lalu, TH mengumumkan hibah 4.5 peratus kepada pendeposit, dan tambahan hibah haji 1.75 peratus untuk penyimpan yang belum menunaikan haji bagi 2017.

Download EBook Tutorial Bisnis Versi Full PDF GRATIS. Tanpa Perlu Registrasi. Klik DISINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *